Nama Terpalit Kes Ahli Perniagaan Hilang Cincin Bernilai RM3.73 Juta Di Paris, Ini Respons Vivy Yusof

Baru-baru ini gempar di media sosial apabila media melaporkan cincin berlian bernilai lebih AS$800,000 (RM3.73 juta) milik seorang ahli perniagaan dari Malaysia didakwa dicuri di sebuah hotel di Paris.

Namun selepas beberapa hari, pihak hotel memaklumkan pihak keselamatannya menemui cincin berkenaan di dalam beg pembersih hampagas.

Ternyata laporan tersebut menjadi tanda tanya kepada wargamaya apabila rata-rata mempersoalkan siapakah pemilik cincin berlian asal Malaysia itu.

Terbaharu, nama ahli perniagaan terkenal, Datin Vivy Yusof menjadi perhatian apabila ada yang mendakwa dia terpalit dengan kes kehilangan cincin berlian tersebut.

“Saya nak tahu, adakah awak yang menjadi mangsa kehilangan cincin bernilai 800K USD di Paris?,” soal seorang pengguna di Instagram (IG).

“Laa Vivy Yusof ke,” soal netizen di TikTok.

Tidak berdiam diri, Vivy tampil memuat naik sebuah perkongsian foto di IG dengan bersoloroh menyatakan dia berada di Malaysia bukan di Paris.

“Vivy Yusof kat Penang ye, bukan Paris. #iykyk,” tulis Vivy.

Biarpun hanya berseloroh, Vivy seolah menafikan perkara tersebut.

Menjengah ke ruangan balas, rata-rata pengikut seolah-olah tahu apa yang cuba disampaikan oleh Vivy menerusi perkongsian tersebut.

Malah, ada juga yang bersimpati apabila nama Vivy dikaitkan dengan berita gempar tersebut.

Difahamkan, itu bukanlah kali pertama kejadian sumpamanya berlaku di hotel terkenal di Place Vendôme itu.

ARTIKEL BERKAITAN: [VIDEO] Vivy Yusof Gayakan Skirt Kristal Tarik Perhatian Netizen… Individu Dedah Harga Cecah RM16,000! – “Level Dia Macam Seringgit 60 Sen Je”

ARTIKEL BERKAITAN: Keluarkan Produk ‘The Palestine’, Naim Daniel Tempelak Jenama Vivy Yusof? – “Dua-Dua Opportunist”

Khairil Khusyairi