Syada Amzah Enggan Panggil Ubai ‘Abang’, Ini Respons Shila Amzah! – “Dia Tua 4 Hari Dari Awak”

Umum mengetahui mengenai penyanyi Shila Amzah, 33, telah mengikat tali pertunangan dengan pempengaruh Ubai MZ, 25, dalam majlis tertutup pada Sabtu lalu.

Namun, apa yang menarik perhatian adalah ucapan yang ditulis adik Shila iaitu Syada Amzah di Instagram Storiesnya.

Syada menyatakan dia enggan memanggil Ubai dengan panggilan ‘Abang’ kerana mereka sebaya.

“Belum boleh say “welcome to the fam”, Kita say congratulations dulu for the lovebirds @shahilaamzah @ubaimz. Taknak panggil abang,” tulisnya.

Oleh itu, Shila membalas Instagram Stories tersebut dengan menyatakan tunangnya itu tua empat hari daripada Syada.

“Panggil la abang, tolong laaaa 🤍 Kan tunang saya tua 4 hari dari awak,” balas Shila.

Sebelum ini, Shila mengejutkan orang ramai apabila memuat naik hantaran berbaur perpisahan mengenai Ubai namun ia merupakan ‘hint’ bahawa mereka bakal berubah status.

ARTIKEL BERKAITAN: Shila Amzah Beri ‘Hint’, Hubungan Dengan Ubai MZ Terlerai? -“Terima Kasih Untuk 5 Bulan Yang Begitu Indah”

ARTIKEL BERKAITAN: Tahniah! Shila Amzah & Ubai MZ Selamat Bertunang

Atiqah Johari