Syafiq Kyle, Mimi Lana Batal Pernikahan?

Pasangan kekasih, Syafiq Kyle dan Mimi Lana didakwa telah membatalkan majlis pernikahan dan resepsi mereka yang dijadualkan berlangsung pada 18 Ogos depan bertempat di Puncak Rimba, Bentong, Pahang. 

Memetik laporan mStar, difahamkan pengurus mereka iaitu Iman Tang telah mengesahkan perkara tersebut menerusi sebuah mesej ringkas yang dihantar kepada tetamu dan jemputan khas. 

“Saya dan pihak pengurusan ingin mengumumkan bahawa majlis pernikahan dan resepsi Mimi Roziana dan Muhammad Syafiq Shamim yang dijadualkan 18 ogos 2023 di Puncak Rimba, Bentong, Pahang telah dibatalkan atas beberapa perkara yang tidak dapat dielakkan. 

“Mohon maaf atas segala kesulitan,” tulis mesej berkenaan yang dikirim melalui agensi pengurusan jemputan artis yang dilantik. 

Bagaimanapun, sehingga kini masih tiada sebarang respons daripada pihak Syafiq Kyle.

Aktres Perempuan itu pula memuat naik sebuah puisi berbahasa Inggeris yang menceritakan tentang penghargaan wanita. 

Sumber: mStar

Artikel Berkaitan: Bakal Berkahwin Selepas 8 Tahun Penantian, Ini Sebab Mengapa Mimi Lana Pilih Syafiq Kyle…

Artikel Berkaitan: Syafiq Kyle Tolak Tajaan Kahwin Bersebab -“Bukan Tak Sudi Tapi Saya lebih Selektif”

Aqilah Paharuzi