Syamel Rancang Rumah Terbuka Untuk Peminat

Penyanyi Syamel meluahkan hasrat mengadakan rumah terbuka raya pada tahun ini.

Kata Syamel, rumah terbuka itu bukan sahaja akan dihadiri oleh ahli keluarga dan sanak saudara malah peminat yang menyokongnya selama ini.

“ Sebagai tanda penghargaan kepada mereka, saya merancang untuk meraikan peminat dalam sebuah rumah terbuka.

“ Acara ini bertujuan merapatkan lagi silaturahim dengan peminat yang selama ini banyak menyokong kerjaya seni saya.

“Lama tidak berkumpul dengan mereka. Saya harap semua yang diundang dapat datang untuk memeriahkan majlis ini,” kata Syamel kepada BH Online.

Sementara itu, Syamel yang tampil dengan lagu Raya baharu berjudul Seru Hari Lebaran juga berharap lagu ini terus mendapat tempat di lebaran akan datang.

“ Saya tertarik dengan melodi lagu ini yang merupakan ciptaan komposer lagenda, S Atan.

“ Jujurnya saya agak cerewet dalam pemilihan lagu tetapi berbeza dalam karya ini. Melodinya serasi dengan jiwa. Bagi saya, lagu raya perlu ada elemen klasik dan sentuhan tradisional.

“Saya mahu apabila mendengarnya, ia mengimbau kenangan yang pernah dilalui. Sebaik sahaja mendapat demo Seru Hari Raya, saya terus terima kerana ia mempunyai kriteria yang saya inginkan,” katanya.

SGMS Faida