#DramaRaya2019 : Mira Filzah Rimas Dalam Pujaan Hati Kanda?

Dihari Raya pertama ini, TV3 menjanjikan program menarik dari awal pagi sehingga lah ke malam. Kalau korang nak tahu, Mira Filzah sebenarnya rimas dalam drama Pujaan Hati Kanda yang popular tu.

Mana taknya, rimas lah kalau nenek cuba kawal semua pergerakan Tiara. Al-maklumlah, Tiara kan dah mengandung, no wonder lah nenek kawal ketat pergerakan Tiara sebab takut nanti Tiara keguguran pula buat kali kedua. 

 

Danny? 

Setelah mengambil alih Hotel Arjuna, Danny kelihatannya terlalu sibuk sehingga waktu yang sepatutnya diluangkan untuk Tiara diisi dengan komitmen kerja sehinggalah Tiara melarikan diri balik ke kampung.

Manakala Kak Sue pula, terlalu sibuk mengambil tempahan raya tapi tak mampu nak siapkan order dalam masa yang ditetapkan. Apalah agaknya nasib kak Sue kan?

 

Jadi, kalau korang nak tahu apakah agaknya kesudahan cerita drama paling popular, Pujaan Hati Kanda Raya ni, korang kenalah tengok okay! 

Pujaan Hati Kanda Raya akan menemui peminatnya pada Raya pertama ini, jam 10 malam hanya diTV3!

Salma Syahbuddin