“Syarat Pertama Hanya Perlu Melabuhkan Sikit Lagi Tudungnya” – Suami Tak Halang Kerjaya Seni Wany Hasrita

Suami kepada penyanyi Wany Hasrita, Mohd Al-Adib Fahmi Harun memberitahu tidak akan menghalang isterinya itu untuk terus bergiat aktif dalam industri seni hiburan bagi meneruskan bakatnya.

Namun begitu, Adib mengakui ada meletakkan beberapa syarat buat Wany iaitu untuk melabuhkan tudungnya serta menjaga batas pergaulan sebagai seorang isteri.

Mengulas lanjut, Adib berkata keputusan ini dibuat hasil perbincangan mereka berdua.

 

“Untuk syarat dan batas itu, selalunya saya dan dia akan berbincang. Wany akan bertanya kepada saya untuk melakukan sesuatu dan saya pun begitu, akan bertanya sama ada boleh atau tidak.

“Apabila saya kata boleh, kemudian barulah Wany akan buat, jika tidak maka sebaliknya.

“Tapi syarat pertama sekali yang saya beritahu pada Wany selepas ini, untuk melabuhkan sedikit lagi tudungnya. Itu sahaja,” ujar Adib.

Dalam pada itu, Adib berkata dia juga memahami kerjaya isteri tercintanya serta tidak meletakkan had kepada Wany untuk terus aktif dalam itu menggunakan media sosial.

“Pada saya media sosial tiada kepentingan sangat sebab pekerjaan saya tidak memerlukan itu.

“Untuk Wany, memang dunia kerja dia sebegitu, jadi tidak mengapa untuk dia bermain media sosial kerana itu sebahagian dari kerja,” katanya lagi.

Pelantun lagu Menahan Rindu itu selamat diijabkabulkan pada Jumaat lalu di Glam Hall, Damansara Perdana bersama pilihan hatinya yang berasal dari Kuching, Sarawak.

Sumber: Gempak

Kredit foto: Harian Metro/WSVS.co

Aqilah Paharuzi