Syifa Melvin, Safawi Rasid Buat Gender Reveal… Syatilla & Syida Excited Sampai Tergolek – “It’s A Boy!”

Pasangan selebriti Syifa Melvin dan Safawi Rasid tampil mengumumkan bahawa mereka bakal menimang cahaya mata lelaki tidak lama lagi.

Menerusi sebuah perkongsian di Instagram, Syifa tampil meluahkan rasa syukurnya kerana majlis doa selamat yang diadakan berjalan dengan lancar.

Malah, Syifa juga sempat berkongsi rasa terujanya untuk bertemu cahaya mata pertamanya itu.

“Bismillahi Mashaallah, Alhamdulillah majlis doa selamat berjalan lancar dan meriah.. Doakan anak ini sihat sempurna dan menjadi anak yang baik.. Ibu Can’t wait to see you love❤️,” tulisnya.

Sementara itu, adiknya, Syida Melvin juga tampil berkongsi momen gembira tersebut ketika pasangan itu mengumumkan jantina anak mereka di ruangan Instagram miliknya.

Teruja dengan berita tersebut, Syatilla dan Syida tampil meriuhkan lagi suasana selepas melihat gelagat mereka yang terjatuh setelah pengumuman itu dilakukan.

“Ampuni Nabila Ya Allah 😭😭😭 Aku nak boh emoji jaa caption untuk video nii 🤣🤣🤣🤪🤪😂😂🥹🥹😖😖😭😭😭🥴🥴😤😤😤🤪🤪🤪🤪🤪 Bengong punya @samtilla,” tulisnya.

Menjengah ke ruangan komen, perkongsian tersebut telah meraih pelbagai respons yang rata-ratanya terhibur melihat gelagat mereka.

 

Fatin Nurain