Fasha Sandha Dipuji Cantik Tanpa Make Up, Peminat Komen: “Macam Luna Maya”

Sejak kebelakangan ini, penampilan pelakon jelita Fasha Sandha sering meraih perhatian dalam kalangan pengikutnya di media sosial.

Bahkan, ramai yang terpegun melihat penampilan terkininya yang semakin langsing dan menawan, sejak akhir-akhir ini.

Menerusi perkongsian di TikTok, Fasha tampil berkongsi sebuah video teaser produk kecantikan, Wawa Cosmetics yang bakal dikeluarkan tidak lama lagi.

Lebih mencuri perhatian, Fasha turut mempamerkan wajahnya tanpa sebarang solekan sekali gus mencuri perhatian ramai.

@nurfashasandha🩷♬ Dj Booty Call Viral Tik To – Ritchy DTM

Terpegun melihat kecantikannya yang semula jadi, perkongsian tersebut telah meraih pelbagai respons dalam kalangan pengikutnya di ruangan komen.

Malah, ada juga yang menyatakan wajahnya persis pelakon Indonesia, Luna Maya sekiranya tidak memakai make up.

Fatin Nurain