Tahniah! Anzalna Nasir Selamat Lahir Bayi Lelaki

Pelakon Anzalna Nasir selamat melahirkan bayi lelaki pada 31 Mei lalu.

Berita itu dikongsikan suaminya, Hanif Zaki melalui akaun Instagram dengan memuat naik keratan video menunjukkan perjalanan Anzalna selama proses kelahiran anak pertama mereka.

“Segala puji hanya bagi Allah, Tuhan sekalian alam. Alhamdulillah, isteri saya selamat melahirkan anak lelaki kami pada 31 Mei 2019, Jumaat lalu.

“Perasaan yang tak dapat saya gambarkan. Kedua-dua anak dan ibu dalam keadaan baik dan ‘ready to rock the world’. Syukur,” tulisnya di Instagram.

Video itu turut menunjukkan Zaki mengazankan bayi mereka dan Anzalna berada di hospital.

Pasangan Anzalna dan Zaki berkahwin pada Februari 2016 selepas 10 tahun perkenalan.

Oleh: Endy Ashari

SGMS Faida