Categories: Oh Lawa

Ini 4 jenis beg tangan yang golongan wanita wajib ada

Wanita dan beg tangan memang tidak boleh dipisahkan. Gara-gara beg tangan, berhutang puluh ribu guna kad kredit pun golongan wanita sanggup asalkan mereka dapat memiliki beg tangan idaman mereka.

Namun, adakah anda pasti koleksi beg yang anda ada cukup sesuai untuk dipakai bagi mengikut tema acara? Jom lihat empat jenis beg tangan yang wajib anda miliki!

1. Shoulder Bag

Foto: neimanmarcus.com

Kebanyakan wanita pastinya mempunyai beg jenis ini. Selain isiannya yang tidak terlalu besar, beg jenis ini boleh digayakan untuk apa jua acara. Sama ada beg untuk ke majlis hari jadi mahupun beg harian, ia dianggap item penyelamat sekiranya anda buntu dalam memilih jenis beg yang anda mahukan.

2. Tote Bag

Foto: PurseBlog

Beg jenis ini bersifat bebas. Kebiasaanya, ia digayakan dalam acara-acara santai seperti membeli-belah di hujung minggu ataupun hang out bersama rakan. Ada juga wanita yang gemar menggayakan beg ini ke tempat kerja. Ruangnya lebih besar dan sangat praktikal, memudahkan anda untuk letak apa juga barangan di dalamnya.

3. Tas tangan (Clutch)

Foto: evissaaccessories.com

Item ini harus ada dalam gerobok aksesori anda! Tas tangan mempunyai unsur yang berbeza. Sekiranya anda ingin menghadiri majlis koktel atau apa juga acara yang lebih formal, tas tangan dan sehelai dress anggun adalah padanan yang cukup sempurna!

4. Sling Bag (Beg silang)

Foto: Pinterest

Beg seperti ini paling digemari wanita kerana ia mempunyai dua cara penggayaan. Sama ada menggunakan tali panjang ataupun tidak, ia bergantung kepada cara anda menggayakannya. Sudah tentu acara santai adalah yang paling sesuai untuk aksesori jenis ini.

Sumber: Jelita

Yanie Baharom