Adibah Noor Bengang Pengguna Akaun Linked In Guna Tanpa Izin!

Penyanyi dan pelakon, Adibah Noor meminta pengikutnya di laman sosial agar melaporkan sebuah akaun palsu dipercayai Linked In yang menggunakan fotonya untuk tujuan negatif.

“Cilakak betui! Minta report this account please! (Celaka betul! Minta tolong laporkan akaun ini!)

“Sumpah! I tak buat kerja ni! Haih!” tulis Adibah di laman sosial Twitter miliknya, semalam.

Perkara itu diketahui Adibah selepas salah seorang pengikut laman sosial berkongsi screen shot (tangkap layar) akuan itu di laman sosial.

“@adibahnoor sejak bila jadi sugar mummy hook up ni?” tulis pengikut laman sosial menggunakan nama @MHaffizJ di laman Twitter.

Akaun palsu itu dilihat menggunakan foto Adibah tetapi menggunakan nama akaun berbeza dengan nama Zafirah Mold.

Lebih parah, akaun itu dipercayai mempromosi temujanji untuk lelaki yang didakwa menjurus kepada aktiviti tempahan persundalan melalui dalam talian.

Oleh: Endy Ashari

SGMS Enal