Tahniah! Comelnya #Mambonom5 Johan dan Ozlynn

Tahniah! Pelawak popular, Johan mengumumkan isterinya pelakon Ozlynn Wati selamat melahirkan bayi perempuan pada 17 Jun lalu (3 Syawal).

Dalam posting menerusi laman Instagramnya, Johan memaklumkan isteri dan anaknya berada dalam keadaan sihat. Alhamdulillah.

Jom tengok wajah anak Johan dan Ozlynn, comel sangat! Hehe

Bayi perempuan comel seberat 3.9 kilogram ini dilahirkan pada 3 Syawal lalu.

“Maafkan kami suami-isteri sebab buat semua tertanya-tanya dah bersalin ke? Alhamdulillah baby selamat dan sihat sama macam mama dia.

“Raya ketiga dia tak mahu juga keluar jadi kita terpaksa memaksa baby keluar tapi tetap secara normal,” tulisnya.

Tulis Johan lagi, buat masa ini mereka belum sedia menerima kunjungan memandangkan isterinya perlu berehat buat seketika.

“Jadi, sekarang papa nak mama berehat puas-puas memandangkan nanti malam dah mula berjaga untuk baby.

“Maklumlah kami tiada helper. Jadi semuanya sendiri. Bukan tidak mahu menerima kunjungan tapi papa bagi mama berehat dulu seminggu dua.

“Maklumlah nak membiasakan diri kembali dengan bayi yang masih fragile. Jadi, harap semua faham. Tapi kami akan belanja wajah puteri kedua kami,” ujarnya.

Johan turut menulis caption beserta tanda pagar #mambonom5, comel betul! Tahniah daripada kami buat seluruh keluarga Johan dan Ozlynn Wati. 

Johan dan Ozlynn berkahwin pada 25 Julai 2009 dan dikurniakan empat orang cahaya mata iaitu Ariq, Sodiq, Haziq dan Cantiq.

SGMS Faida