Penyanyi ‘Cumi Cumi’ Keracunan Makanan

Penyanyi lagu Pematah Hati, Nabila Razali diserang keracunan makanan dan sedang mendapatkan rawatan lanjut di sebuah hospital swasta.

Menurut pengurusnya kepada BH Online, Nabila mengadu sakit perut dan lemah sejak dua hari lalu.

“Nabila mengadu sakit perut dan keadaannya semakin teruk, petang semalam.

“Pada mulanya, Nabila sangka sakit perut biasa tetapi selepas membuat pemeriksaan, doktor mendapati dia mengalami keracunan makanan dan dehidrasi.

“ Nabila terus dimasukkan ke wad bagi mendapatkan rawatan lanjut,” katanya.

Berikutan itu, Nabila atau nama sebenarnya, Nur Nabila Mohd Razali terpaksa menangguhkan penggambaran drama Cintaku Di Bumi Izmir yang disambung semula selepas cuti Aidilfitri.

Tambah Ash, sehingga pagi ini pihaknya belum dimaklumkan perkembangan terbaru kesihatan penyanyi itu.

“Pihak hospital masih memantau dan belum memaklumkan kami perkembangan kesihatan Nabila. Jadi, kami tidak pasti bila Nabila dibenarkan pulang.

“Selain penggambaran, ada beberapa undangan persembahan pada hujung minggu ini. Apa-apa pun, sama-sama kita doakan kesihatan Nabila kembali pulih seperti biasa,” katanya.

SGMS Faida