Tahniah! Dapat Baby Boy, Ayda Jebat & Nabil Mahir Selamat Timang Cahaya Mata Kedua

Pasangan selebriti Ayda Jebat dan Nabil Mahir mengumumkan mereka telah selamat menimang cahaya mata kedua, pagi tadi.

Berita gembira itu telah dikongsikan oleh Ayda dan Nabil menerusi sebuah hantaran di Instagram, sebentar tadi.

Dalam perkongsian tersebut, Ayda sempat meluahkan rasa bersyukur kerana urusan melahirkan anak lelakinya berjalan dengan lancar dan dipermudahkan.

“Assalamualaikum semua.. Alhamdulillah lahirnya putera kami pagi tadi. Syukur segalanya dipermudahkan.. Terima kasih atas semua doa kalian.

“12.12.2023.. (Takde sale, dah tanya dah hihu). Sekarang Mommy and Dadaa tengah back to Zombi world,” tulisnya.

Terdahulu, Ayda sempat meluahkan rasa berat hati untuk meninggalkananak sulungnya, Ana Nayla sebelum dimasukkan ke hospital sekali gus menyentuh hati ramai.

“Promise I’m yours. Mommy tinggal baby kejap ya. I’ll be back with your little brother. Gonna hug you soooo tight. Love you baby. Siapa pernah emo macam ni jugak? Aduh,” tulisnya.

Bukan itu sahaja, Ayda juga sempat memohon agar orang ramai mendoakan agar urusan bersalinnya dipermudahkan.

Fatin Nurain