Categories: SelebritiTrending

Hampir 6 Bulan Bercerai, Hafidz Roshdi Bakal Berkahwin Dengan Athira Yuhada Sabtu Ini?

Pelakon sensasi, Hafidz Roshdi dikhabarkan bakal menamatkan zaman dudanya dengan wanita yang dikenali sebagai Athira Yuhada pada hujung minggu ini.

Memetik laporan OhBulan!, perkahwinan mereka bakal berlangsung pada malam 16 Disember di sebuah dewan yang bertempat di Selangor.

Berdasarkan kad undangan yang tular, jelas tertera nama Hafidz dan Athira beserta masa, lokasi dan tarikh majlis perkahwinan mereka.

Untuk rekod, Hafidz pernah berkahwin dengan Nurul Shuhada Mat Shukri pada 30 April 2016 namun bercerai pada 27 Julai lalu gara-gara kehadiran orang ketiga iaitu Athira Yuhada.

Hasil perkahwinan sebelum ini, Hafidz memiliki dua orang anak iaitu Humairah, 6 dan Umar, 3.

Artikel Berkaitan: Tersasul Cakap ‘Teruja’ Bercerai… Netizen Sakit Hati Dengan Hafidz Roshdi, Siap Komen: “Puas Hati Ya? Hebat Ya Awak?”

Artikel Berkaitan: “Bagi Rehat Dulu, Apa-Apa Saya Roger!’ – Hafidz Roshdi Jawab Spekulasi Sudah Bernikah Dengan Athirah Yuhada

Artikel Berkaitan: Bakal Kahwin Dengan Athirah Yuhada? Ini Jawapan Hafidz Roshdi

Sumber: OhBulan!

Atiqah Johari