Categories: SelebritiTrending

Bercinta Lama Dengan Jejaka Golongan Kerabat, Selebriti Wanita Seksi Bakal Tamat Zaman Janda?

Setelah sekian lama berstatus janda, seorang selebriti popular tahun 2000 dikhabarkan bakal berkahwin dalam masa terdekat.

Memetik laporan Utusan, penyanyi dan pelakon wanita senior seksi tersebut bakal berkahwin dengan seorang jejaka daripada golongan kerabat diraja Negeri Sembilan.

Malah, para artis ‘kelas atasan’ kini hanya menunggu kad undangan perkahwinan daripada selebriti ini.

Namun begitu, hubungan selebriti ini dengan kekasihnya itu pernah dianggap sudah berkahwin kerana mereka sering dilihat bersama ke mana sahaja.

Bukan itu sahaja, selebriti wanita ini terkenal dengan cara hidup ‘barat’ dan berpenampilan seksi sejak bercerai dengan pasangan terdahulu.

Sumber: Utusan

Atiqah Johari