Categories: HiburanSelebriti

Tahniah…Datuk Alha Alfa Sah Bergelar Suami!

Usahawan kosmetik terkenal, Datuk Abdul Al Halim Mohd Al Fadzil atau lebih dikenali sebagai Alha Alfa selamat bernikah dengan pasangan, Noor Azlin Ismail, hari ini.

Memetik laporan Harian Metro, Alha bersyukur majlis dipermudahkan serta berjalan dengan lancar seperti yang dirancang.

 “Alhamdulillah majlis berjalan lancar sebagaimana dirancang dan ikatan pernikahan ini adalah lambang cinta kami selepas bercinta selama lebih lima tahun.

“Kami bersyukur dengan semua perancangan yang diatur Allah dan Alhamdulillah inilah harinya kami disatukan,” kata penaja utama Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) Ke-32, Ahad lalu.

Pasangan ini dinikahkan oleh jurunikah, Roziman Tajuddin yang mewakili abang Noor Azlin pada majlis yang berlangsung dalam suasana meriah di sebuah hotel di Taiping.

Pada majlis itu, rombongan pengantin lelaki turut menyerahkan tujuh dulang hantaran termasuk senaskah al-Quran, mas kahwin RM1,000 dan seutas rantai tangan kepada pengantin perempuan.

Pasangan ini bertunang pada 29 September tahun lalu dan memilih hari ini sebagai detik penyatuan mereka sebagai suami isteri.

Mengenai perancangan anak, Alha berkata beliau menyerahkan semuanya kepada rezeki malah berharap dan berdoa supaya segera menimang cahaya mata.

SGMS Faida