Tahniah! Fauziah Nawi Terima Gelaran Datuk Setelah Lima Dekad Dalam Industri

Pelakon veteran, Fauziah Nawi telah dikurniakan gelaran ‘Datuk’ setelah lima dekad bertapak dalam industri seni tanah air.

Penganugerahan tersebut telah diberikan oleh Yang di-Pertuan Agong Al Sultan Abdullah Ai’ayatuddin Al-Mustafa billah Shah harini ini.

Memetik artikel Bernama, pelakon versatil itu mendahului senarai 297 penerima Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutuan bersempena Hari Keputeraan Yang di-Pertuan Agong 2023 pada istiadat pengurniaan di Istana Negara.

Dalam pada itu, Fauziah sempat meluahkan rasa syukur terhadap anugerah yang diberikan menerusi kemas kini terbaru di Facebook miliknya.

Hantaran tersebut telah meraih ucapan tahniah dari netizen dan juga rakan selebriti.

Sumber: Bernama

Izzi Farhana