Terlalu Asyik Usap Perut, Netizen Dakwa Wawa Zainal Kini Hamil?

Aksi spontan usahawan selebriti, Wawa Zainal mengusap perutnya ketika hadir pada program hiburan baru-baru ini mencuri perhatian warganet.

Menerusi perkongsian di TikTok, Wawa atau nama penuhnya, Nur Hawa Zainal Abidin, 32, kelihatan memakai pakaian berwarna kuning dengan potongan lengan besar sehingga menutupi bahagian perutnya.

Bagaimanapun, aksinya itu sempat dirakam dan dimuat naik di TikTok rasmi produk kecantikan dibawah jenamanya sekaligus peminat mendakwa bahawa aktres itu seakan memberi ‘hint’ bahawa dia kini sedang berbadan dua.

“Dia kasi hint ke tu? Macam ada isi, Wawa pregnant lagi ke? Anda rasa macam mana?” tulis pada kapsyen berkenaan.

Teruja dengan tindakan spontannya itu, ramai dalam kalangan peminat kini sedang berteka-teki sama ada berita kehamilannya itu benar ataupun tidak.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengikut Wawa meninggalkan ucapan tahniah dan berharap segala urusan kehamilannya dipermudahkan.

Bagaimanapun,  ada juga yang sempat berseloroh mengatakan perut Wawa kelihatan buncit mungkin disebabkan terlalu kenyang.

Setakat artikel ini ditulis, perkongsian video berdurasi 10 saat itu telahpun meraih lebih 1 juta tontonan sejak dimuat naik pada Isnin.

Salma Syahbuddin