Tahniah! Isteri TMJ Selamat Lahirkan Putera Raja

Tahniah!

Tunku Mahkota Johor telah dikurniakan cahaya mata ketiga yang juga merupakan seorang putera. 

TMJ menerusi akaun instagram dan facebooknya telah berkongsi berita gembira tersebut kepada semua pengikut beliau. Tambahnya, bayi dan Che Puan Khaleeda dalam keadaan sihat walafiat.

Hasil perkongsian hidup selama lima tahun ini, TMJ dan YM Che Puan Khaleeda Bustamam telah dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu, Tunku Kalsom Aminah Sofiah dan Tunku Iskandar Abdul Jalil Abu Bakar Ibrahim.
Namun, apa yang menariknya pada kelahiran kali ini, tarikh lahir Che Puan Khaleeda dan Puteranya adalah selang sehari sahaja. Wow!
Apapun, kami di Xtra ingin mengucapkan tahniah sekali lagi diatas kelahiran putera raja ini!
Salma Syahbuddin