Tahniah Kaka Azraff Timang Bayi Sulung!

Tahniah, penyanyi Kaka Azraff dan suami atas kelahiran cahaya mata sulung pada hari ini, Jumaat, 11 Oktober. 

Penyanyi yang baru sahaja melancarkan lagu Diamonds ini dimasukkan ke hospital semalam bagi tujuan pemantauan doktor telah selamat melahirkan bayi lelakinya di salah satu pusat perubatan di ibukota seperti yang dikongsi oleh suaminya di instagram. 

“Alhamdullillah, terima kasih atas kasih sayang dan doa kalian.  Semuanya berjalan dengan lancar, dan isteri saya berada di dalam keadaan stabil, dan bayi lelaki kami telah selamat dilahirkan dalam keadaan yang sihat. 

“Hari yang paling menggembirakan untuk untuk kami suami isteri  sekeluarga,” kongsi Adam Azriff.

Kaka atau nama sebenarnya Nor Atiqa binti Noor Azraff mendirikan rumah tangga dengan pasangannya, Adam Azriff pada tanggal 14 Disember 2018. 

Baca: Kaka Azraff Dedikasi Lagu Untuk Suami

Del14