Ben Amir Buktikan Dia Pelakon Versatil

Adik kepada pelakon Lisa Surihani ini mula mendapat perhatian masyarakat apabila namanya melonjak naik selepas berlakon bersama Mira Filzah di dalam drama bersiri berjudul Sweet Dreams. 

Mungkin tidak mahu di’stereotype’kan, Ben Amir cuba untuk membawa watak yang pelbagai dan terbaru, dia digandingkan dengan pelakon, Mawar Rashid dalam telefilem bergenre seram arahan  Micheal Ang bertajuk Penaklukan Syaitan dan berkongsi sedutan telefilem itu di dalam laman instagramnya. 

Menjengah ke ruangan komen, ramai peminat Ben yang tidak sabar-sabar untuk menyaksikan telefilem ini walaupun ada yang ‘takut’ dengan genre seram. 

“Seramnya! Sebenarnya tak suka cerita hantu tapi sebab Ben yang berlakon..kena tengok jugak!”

“Dah jadi hantu pun still handsome!”

“First time tak terkejut tengok hantu keluar”

“Tak suka cerita seram tapi sebab @benamirr berlakon kena lah tengok walaupun takut..”

Jangn risau, bekas Hero Remaja ini masih mengekalkan rambut panjangnya yang menjadi igauan peminat-peminat di dalam telefilem yang akan ditayangkan di Citra HD pada 19 Oktober. 

 

Del14