Tahniah…Nadiyah Shahab Kini Bergelar Graduan Undang-Undang!

Pelakon jelita Nadiyah Shahab bersyukur dan gembira berjaya menamatkan pengajian, baru-baru ini. 

Selepas tujuh tahun, Nadiyah akhirnya bergelar graduan dalam jurusan Undang-Undang (Second Class Honors In Law Degrees) dari Universiti Of London.

“Hari ini milik seluruh ahli keluarga saya. Ibu, keluarga, kawan-kawan dan suami saya yang sentiasa menyokong saya dalam setiap keputusan yang saya buat. 

“Saya mengambil masa tujuh tahun untuk menamatkan apa yang sepatutnya tamat dalam masa empat tahun. 

“Tapi dalam masa tujuh tahun itu, saya buka sebuah syarikat, mula ceburi bidang peragaan, mengacara, berlakon malah saya juga berkahwin! 

“Saya tidak akan mempunyai semua perkara ini jika saya tidak benarkan ia terjadi secara semulajadi,” tulisnya di akaun Instagram miliknya.

Isteri kepada aktor Ben Ali ini mengaku dia terpaksa menolak beberapa tawaran bekerja disebabkan kekangan masa.

“Walaupun sukar, saya terpaksa menolak beberapa tawaran bekerja disebabkan jadual yang tidak masuk akal. Saya perlu ulang alik ke Singapura setiap bulan untuk kumpul nota untuk semua kelas yang saya tinggalkan, terlepas acara disebabkan saya fokus untuk belajar selama beberapa minggu.

“Sejujurnya saya tidak ada cara lain, apa yang saya cuba sampaikan ialah berjaya mengikut masa anda dan kena sentiasa berusaha.

“Sebabnya, perjalanan hidup kita sudah tertulis dengan indah dan hanya menunggu untuk melaluinya denga meletakkan kepercayaan pada Allah. Saya terlalu bersyukur. Alhamdulillah,” tulisnya lagi.

Nadiyah dan Ben berkahwin pada 11 November 2018 di Singapura. 

SGMS Faida