Tahniah! Nelydia Senrose Bakal Berkahwin

Pelakon cantik jelita, Nelydia Senrose dikatakan mahu mendirikan rumah tangga dengan cinta hatinya Hafiz dalam masa yang terdekat.  Kalau sebelum ini Nelydia dilihat masih malu-malu mahu mengakui tentang perhubungan cintanya  namun kali ini, Nelydia bagaimanapun sudah bersedia untuk bergelar isteri kepada Hafiz.

Baru-baru ini, Nelydia juga dilihat lebih terbuka mengakui yang beliau kini sedang membuat persiapan untuk majlis perkahwinannya meskipun sedang sibuk dengan penggambaran drama.

Tambahnya lagi, mengenali Hafiz walaupun baru sahaja beberapa bulan berkenalan cukup membahagiakan dirinya. Kerana lelaki itu dilihat sangat sesuai dan memenuhi ciri-ciri lelaki idamannya.

Apapun, tahniah diucapkan buat Nelydia dan pasangannya, Hafiz!

Jangan lupa jemput kami di Xtra tau!

Ditulis Oleh: Nik Nur Amira

Ad Ops