Ini Komen Bella Dally Dilabel Sama Standard Dengan Pengasuh Anak Che Ta

Memakai pakaian yang sama atau memakai baju yang sama berulang kali adalah perkara yang paling menakutkan buat artis di Malaysia mahupun di luar negara.

Baru-baru ini pelakon dan juga model cantik, Bella Dally dilihat memakai baju yang sama seperti baju pengasuh anak kesayangan Che Ta,  Aaisyah Dhia Rana. Kedua-duanya dilihat memakai baju tersebut dalam sebuah majlis yang sama. 

 

Namun, tidak melatah dan marah dengan pelbagai anggapan netizen terhadap dirinya, Bella telah mengeluarkan kenyataan melalui akaun instagram miliknya dan beliau mengakui sebagai seorang Duta Ariani, beliau bagaimanapun berbangga melihat pelbagai peringkat umur dapat memakai baju keluaran Ariani dan menganggap baju tersebut bukan sahaja cantik tetapi mampu dimiliki oleh semua golongan masyarakat. 

 

Sumber : Instagram @belladally

Wah! Artis macam ni lah yang kita nak, bukan sahaja cantik tetapi Bella sangat bijak untuk menangani sindiran netizen diluar sana. Bukan itu saja, Che Ta juga turut menerima tempias apabila netizen memuji tindakan beliau yang sanggup membeli pakaian berjenama buat pengasuh Aaisyah.

Salma Syahbuddin