Si Perampas, Dengar Sini…Che Ta Nak Habaq!

Pelakon Rozita Che Wan ‘menegur’ segelintir wanita yang ada tabiat suka merampas suami orang berwajah tampan. Opss…tuju kepada siapa tu?

Pelakon Diara Ramadhan Rafique ini memberitahu dia banyak menerima luahan daripada pengikutnya di laman Twitter mengenai masalah rumah tangga.

 Tulisnya, “ Orang perempuan ni pantang tengok laki (suami) orang elok sikit, cepat ja dia nak ‘qentap’ (rampas).

“ Tapi hat (yang) jantan (yang lelaki) tu pun jenis gatai (gatal). Adoi… Ramai sangat yang duk DM kami cerita pasal rumah tangga mereka,” katanya.

Tidak hanya mahu salahkan satu pihak, kaum lelaki yang sudah berkahwin ada yang gemar melayan.

“Macam kita ni menteri pembangunan wanita pula,” tambahnya lagi.

Comel jer Che Ta ni…hehe. Untuk kaum wanita di luar sana, dengar pesanan Che Ta tu. Yang sudah berpunya, jangan pula kamu ‘usik’.

Untuk rekod, sehingga kini Twitter menggunakan nama @rozitachewan1 itu mempunyai 827 pengikut manakala pelakon drama Kiah Pekasam itu mempunyai 3.7 juta pengikut di Instagram.

SGMS Faida