Tahniah…Shenty Feliziana Kini Bergelar Mama!

Pengacara Shenty Feliziana umum selamat melahirkan bayi sulungnya pada Ahad lalu.

Menerusi laman Instagramnya, Shenty memuatnaik sebuah entri dengan meletakkan beberapa keping gambar bersama suami dan anaknya.

“Syukur Alhamdulillah. Terima kasih keluarga, kawan-kawan dan suami tersayang atas sokongan sepanjang tempoh saya hamil.

“Perancangan Allah lebih baik dari apa yang kami rancang. Suami dan saya gembira dengan kehadiran anak lelaki pertama kami pada 28 Julai 2019 pada jam 7:16 pagi.

“Bayi berada dalam keadaan sihat dengan berat 3.515 kg, ketinggian 50 cm,”tulisnya.

Dalam masa sama, Shenty turut berterima kasih kepada pihak pusat perubatan Brawijaya, Jakarta yang membantu dirinya sepanjang berada di hospital.

Shenty Feliziana berkahwin dengan pelakon Indonesia, Reuben Elishama pada 13 April 2018 di Villa Halia Botanic Gardens, Singapura.

SGMS Faida