Tahniah Wira Malaysia! Ramai Sokong Abang Viva Terima Pingat Jasa Kebaktian

Berita yang amat membanggakan seluruh rakyat Malaysia mengenai Abang Viva atau nama sebenarnya Azwan Omar yang baru sahaja menerima Pingat Jasa Kebaktian (PJK)Ā  bersempena dengan Hari Ulang Tahun Ke-73 Yang Dipertua Negeri, Tun Mohd Ali Mohd Rustam.

Azwan merupakan insan yang berjaya mencuri tumpuan ramai dek kerana jasanya dalam membantu mangsa banjir bermula di Puchong disusuli Taman Sri Muda, Shah Alam dan Temerloh, Pahang.

Pada ketika itu, Azwan bergerak secara solo memandu Perodua Viva dengan membawa bot getah yang diletakkan di atas bumbung keretanya, menuju ke lokasi banjir dengan berbekalkan wang RM50 oleh ibunya.

Susulan itu, rata-rata masyarakat Malaysia menghargai jasa insan bernama Azwan sehingga digelar wira banjir.

Berdasarkan pemerhatian XTRA di media sosial, ramai dalam kalangan netizen yang meluahkan rasa kagum dan bangga atas pencapaian Azwan.

Dalam pada itu, penyanyi rock legenda dan vokalis kumpulan Search, Suhaimi A. Rahman atau lebih mesra disapa Amy Search turut menjadi antara 163 penerima pingat Darjah Pangkuan Seri Melaka (DPSM) yang membawa gelaran Datuk.

Artikel Berkaitan: Dikurniakan Gelaran Datuk, Amy Search Luah Rasa Syukur ā€“ ā€œSaya Tetap Amy Searchā€

Aqilah Paharuzi