Categories: HiburanSelebriti

Tahniah! Zairil- Dyana Sofea Kahwin Disember

Pasangan popular ahli politik DAP, Dyana Sofya Mohd. Daud akan berkahwin dengan bekas ahli parlimen Bukit Bendera, Zairil Khir Johari, 9 Disember ini.

Perkara ini disahkan sendiri oleh Dyana Sofya Mohd. Daud yang merupakan bekas calon DAP dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Teluk Intan 2014.

Beliau menjawab ketika ditanya tentang kad undangan yang tertera namanya dengan pasangannya yang tersebar di media sosial baru-baru ini.

“ Betul la tu,” katanya ringkas bagi mengesahkan kad undangan perkahwinannya kepada Sinar Harian, Jumaat.

Pasangan berkenaan mengikat tali pertunangan pada 9 Mac lalu.

Pada Oktober 2014, kedua-duanya terpalit dengan kontroversi selepas beberapa keping gambar intim mereka tersebar di laman sosial namun dinafikan pasangan terbabit.

Sebelum ini, Dyana Sofya pernah bertanding dalam PRK Parlimen Teluk Intan pada 2014 sebagai calon DAP, namun tewas dengan Presiden Gerakan, Datuk Mah Siew Keong, menerusi majoriti tipis 238 undi.

SGMS Faida