“Tak Ada Kesan Apa Pun Pada Saya” – Nama Shakilla Khoriri Dipetik Pelakon Status Janda ‘Sondol’ Suami Orang, Ini Respons Tuan Empunya Badan

Nama pelakon Shakilla Khoriri dipetik netizen susulan khabar angin mengenai pelakon berstatus janda berjaya ‘menyondol’ suami orang sehingga isteri minta cerai.

Memetik laporan Gempak, Shakilla menganggap gosip tersebut tiada kaitan dengan dirinya memandangkan kontroversi yang melanda sebelum ini sudah lama selesai.

“Tiada apa nak saya jawab. Kes saya sudah lama selesai. Saya pun tak tahu siapa yang dimaksudkan dalam berita tersebut.

“Tak ada orang datang or call saya pasal apa-apa, jadi tiada kena mengena dengan saya,” ujarnya.

Shakilla juga menyatakan dia tidak kisah namanya dipetik oleh netizen kerana ia tidak memberi kesan kepada dirinya dan keluarga.

Selain itu, bekas isteri kepada penyampai radio, Fizi Ali ini kini sedang sibuk dengan urusan kerja selain menjalani kehidupan bahagia bersama anak perempuannya.

“Tidak apa lah kalau netizen nak petik nama saya. Tiada kesan apa pun pada saya and family. Jadi biarlah.

“Saya tengah busy dengan kerja dan tengah bahagia dengan serta family. Tiada masa nak tahu pasal orang bercakap pasal saya ke apa. Lagi benda tiada kena mengena dengan saya, lagi saya skip,” katanya.

Terdahulu, hangat diperkatakan di media sosial apabila pelakon berstatus janda didakwa menjadi punca kehancuran rumah tangga pasangan suami isteri.

Malah, si isteri didakwa telah pergi ke mahkamah untuk memfailkan perceraian terhadap suaminya.

Shakilla sebelum ini pernah mengakui gambar bersama seorang lelaki dirakam pada Ogos dan September lalu namun menegaskan bukan suami orang.

Maya Basir