Categories: Trending

Aksi Mesra Fasha Sandha & Aidil Aziz Jadi Perhatian, Netizen Luah Rasa Kurang Senang! – “Seram Lah Content Macam Ni”

Pasangan pelakon Fasha Sandha dan Aidil Aziz menjadi topik perbualan hangat apabila memaparkan video aksi mesra di dalam sebuah kolam.

Menerusi perkongsian video tersebut, Aidil tidak memakai baju dan Fasha hanya memakai singlet berwarna hitam.

“My forever love,” ujarnya di kapsyen.

ARTIKEL BERKAITAN: Sweetnya! Fasha Sandha & Aidil Aziz Kongsi Aksi Mesra Dalam Kolam – “My Forever Love”

Namun, rata-rata netizen membanjiri ruangan komen dengan mengatakan tidak selesa dengan kemesraan yang dipamerkan dan memohon Fasha untuk tidak berkongsi kepada umum.

Malah, ada yang mengatakan aksi seperti itu tidak sesuai dipertontonkan di Malaysia.

“Seram lah content macam ni kak. Kita Malaysia. Macam tak sesuai je.

“Tidak sesuai dengan norma masyarakat Malaysia apatah lagi melibatkan Muslim.
“Rasanya macam agak keterlaluan perkongsian puan kali ni. Saya rasa mungkin elok puan private post ni daripada tontonan umum atau sebaiknya tidak dikongsikan langsung,” komen netizen.

Untuk rekod, Fasha dan Aidil mendirikan rumah tangga pada 30 Mac 2019 dan merupakan perkahwinan kali kedua aktres tersebut.

Hasil perkahwinan dengan Aidil, mereka dikurniakan seorang cahaya mata iaitu Aisha Amaira yang baru berusia 3 tahun.

Menerusi perkahwinan terdahulu, Fasha dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu, Putra Rayfal Ramli Rizal Ashram, 10, dan Putri Raysha Jemyma, 9.

Maya Basir