“Tak Ada Siapa Pun Bagitahu” – Zoey Rahman Perjelas Isu Dimalukan Di Anugerah Berprestij, Rupa-Rupanya…

Pelakon Zoey Rahman akhirnya menjelaskan mengenai isu dimalukan pada anugerah berprestij baru-baru ini.

Menerusi hantaran terkini di Instagram, Zoey menjelaskan, perkara yang memalukannya pada malam itu adalah, terdapat cebisan sayur di celah pendakap giginya.

Dalam video tersebut, jelas kelihatan sisa sayuran pada pendakap giginya terutamanya ketika sesi bergambar usai menerima anugerah.

“Selama 6 tahun aku pakai braces, ini kali pertama aku dimalukan.

“Sampai hati gigi tak bagi kerjasama. Paling sedih tak ada siapa pun bagitahu,” ujarnya.

Terdahulu, Zoey memuat naik kenyataan dimana dirinya telah dimalukan di sebuah acara penganugerahan dan bakal mendedahkan pelakunya.

ARTIKEL BERKAITAN: “Aku Takkan Lupa Sampai Bila-Bila!” – Dimalukan Di Anugerah Berprestij, Zoey Rahman Bakal Dedah Si Pelaku?

Meninjau di ruangan komen, rata-rata terhibur dan tidak menyangka dengan pendedahan yang dibuat oleh Zoey tersebut.

“Adoi la.. Ingatkan malu apa.

“Nak gelak ke nak kesian ni aduhai.

“Bongok lah. Kah kah kah,” komen netizen terhibur.

Maya Basir