Featured By: Maya Basir January 5, 2023 @ 6:42pm

“Tak Adil Menilai Saya Jika Tidak…” – Siti Khadijah Halim Dituduh Sombong?

Pelakon Siti Khadijah Halim mengakui terkejut dan menafikan dakwaan bahawa dirinya memiliki keperibadian yang kurang baik ketika berada di khalayak ramai.

Memetik Berita Harian, Siti berharap agar pihak yang melemparkan tanggapan negatif terhadapnya tidak menilai dirinya secara luaran.

“Saya ada dengar cakap-cakap mengatakan saya mempunyai perangai kurang baik dan seumpamanya. Saya terkejut apabila timbul gosip sedemikian.

“Sejujurnya, ibu membesar dan mendidik saya menghormati orang lain. Bila ada yang melemparkan persepsi perangai kurang baik apabila muka agak ‘kelat’, mungkin ketika itu saya sedang berdepan masalah.

“Jadi, tidak adil seseorang menilai saya jika tidak mengenali secara rapat. Sebagai manusia, saya juga tidak boleh berbuat apa-apa bila orang mahu bercakap buruk mengenai saya,” katanya.

Menurut pelakon drama Sekali Lagi Cinta Kembali ini, dia akan lebih berhati-hati dalam setiap tindakannya dan memohon maaf jika melukakan hati sesiapa.

“Saya tanya pendapat rakan-rakan dalam industri, inilah perkara yang perlu saya lalui. Baik atau buruk, saya perlu ada kontroversi sekiranya mahu mengangkat diri.

“Namun, sebolehnya saya tidak mahu dihimpit kontroversi dan akan cuba berhati-hati dalam sebarang tindak tanduk. Andai saya melakukan kesalahan, saya mohon maaf.

“Jika boleh saya ingin bertahan lama dalam industri seni,” ujarnya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 13 Jun 2023

Bunyi Tak Elok, Shila Amzah Bersuara Soal #ShiBai – “Tolong Hormat, Kalau Buat Juga Tak Ada Otak!”

Cuba korang suggestkan # apa yang sesuai untuk Shila & Ubai? 🫣❤️🤪

Trending Wed, 6 Nov 2019

E-Wallet Cashbacks, Mesti Beli Deals, Chup Dulu and GUESS IT! King; LAZADA 11.11 One-Day Sale is Back!

Why spend more when you can stretch your Ringgit with unbeatable deals and awesome cashback with Lazada 11.11 One-Day Sale?!

Hiburan Tue, 4 Apr 2023
Eat Travel Sat, 28 Mar 2020
Featured Wed, 21 Feb 2024
Kisah Viral Thu, 15 Jun 2023

Terima Komen Lucah… Azhar Sulaiman Tampil Beri Respons, Dedah Wajah Pelaku

Amboi kemain kacau anak gadis orang, tak padan ada bini 😌