‘Tak Boleh Bayang Sambutan Raya Tahun Ini’- Izzue Islam

Sambutan hari raya Aidiladha pada tahun ini berbeza buat pelakon dan penyanyi, Izzue Islam yang kehilangan arwah neneknya pada tahun lalu.

Izzue atau pemilik nama lengkap, Muhammad Izzul Islam Mazlan berkongsi, dia dan keluarga membesar bersama arwah neneknya, dan kehilangannya memberi impak kepada mereka sekeluarga.

“Tidak tahu bagaimana perayaan pada tahun ini, kerana tiada arwah nenek bersama-sama untuk menyambut Hari Raya Haji. Lazimnya, kami berkumpul di rumah arwah kerana berdekatan kawasan itu kami sering menjalankan korban bersama-sama.

“Insya-Allah…Saya akan pulang ke kampung pada pagi raya itu nanti dan mungkin pulang ke ibu kota keesokan harinya kerana terikat dengan jadual kerja yang padat. Biarpun terpaksa balik dalam tempoh yang singkat, namun bersua seketika bersama keluarga itu sudah dapat mengubati kerinduan.

“Alhamdulillah…saya dan Awin bukan saja menjalani ibadah korban di Kelantan, malah turut memilih untuk mengadakan korban di sini juga. Sama seperti tahun sebelum ini, rutinnya lebih kurang sama,” katanya kepada Xtra.

Bekas anggota Forteen itu mengakui rindu air tangan arwah neneknya terutama menjelang perayaan.

Oleh: Zaara Talita

SGMS Faida