Tak Dimamah Usia, Aqasha ‘Pecah Rahsia’ Kekal Awet Muda Pada Usia 40-An

Aktor kacak Aqasha atau nama lengkapnya Firdee Akasyya Rosli tampil berkongsi tips rahsianya mengekalkan awet muda biarpun usianya kini sudah pun mencecah 40-an.

Menerusi temu bual bersama sebuah majalah, aktor filem Embun ini mendedahkan amalan yang sering dilakukannya untuk kekal cergas dan sihat sentiasa.

“Sebagai seorang manusia, kita kena menitikberatkan kesihatan. Pada saya apa yang penting adalah pengambilan makanan dan juga menjaga waktu tidur.

“Di samping itu juga saya rasa perlu ada aktiviti ataupun riadah yang boleh kuatkan kardiovaskular kita sebab jantung sangat penting untuk kita pastikan ‘longevity’.

“Bila usia dah meningkat ini, kita kena beri tumpuan pada pemakanan dan waktu tidur,” kongsinya.

Dalam pada itu, pelantun lagu Embun ini turut menitikberatkan aktiviti riadah serta pengambilan suplemen sebagai cara untuk kekal aktif dan sihat.

“Kalau boleh kita kena adakan aktiviti riadah.

“Tak semua orang boleh buat setiap hari tapi jika buat dalam seminggu dua atau tiga kali atau sehari dalam lima belas ke dua puluh minit pun jadi lah. Daripada tak ada langsung.

“Disamping itu mungkin ada sedikit suplemen yang membantu menambahkan kecergasan saya lagi,” ujarnya lagi.

ARTIKEL BERKAITAN: [VIDEO] Aqasha Perform Lagu Shallow Buat Peminat Tak Keruan – “Padu! Suara Jantan Macam Bradley Cooper”

Khairil Khusyairi