Categories: SelebritiTrending

“Ni Penyondol Jenis Belalai Gatal!” – Tak Jadi Kahwin, Talha Harith Kecewa Tunang Tiba-Tiba Nikah Dengan Lelaki Lain?

Baru-baru ini, pelakon Talha Harith mendedahkan bahawa hasratnya untuk mendirikan rumah tangga berkecai apabila tunangnya telah berkahwin dengan lelaki lain.

Malah, dia meluahkan rasa kecewa dan sedih apabila hubungan yang terjalin selama tujuh tahun itu berakhir sebegini.

“Salam, saya nak tanya, apa perasaan korang kalau tunang kau nikah dengan orang lain? Apa perasaan dia pulak ketika nikah?

“Yang paling penting, ini manusia jenis apa ni? 7 tahun kau bersama selang 2 bulan nikah dengan orang lain tanpa rasa bersalah… ada sesiapa sudi jawab?” tulisnya.

“Korang nak tau sape penyondol tu… selalu penyondol perempuan kan… ni penyondol jenis belalai gatal and no respect with others relationships,” katanya lagi.

Pelakon filem Juvana ini turut mendedahkan bahawa tunangnya yang dikenali sebagai Nana Sharif itu berkahwin dengan bekas tunangnya terdahulu.

“Dah la dulu dia tinggalkan perempuan ni lepas sebulan tunang kahein dengan orang lain ada anak lepastu cerai ganggu hubungan orang nak balik… ni ke lelaki misali? Ni ke lelaki contoh… macam ni ke? Sesuka hati cerai sesuka hati nak ganggu,” luahnya lagi.

Malah, ibu kepada tunangnya itu turut terkejut dengan keputusan anaknya yang ingin mengahwini lelaki yang dikenali sebagai Qurshairi itu.

Atiqah Johari