Categories: SelebritiTrending

Kapsyen Sedih Jadi Tanda Tanya, Irma Hasmie Enggan Buka Mulut Soal Rumah Tangga

Sebelum ini, rumah tangga pelakon dan pengacara, Irma Hasmie dikhabarkan sedang berhadapan konflik selepas dia memuat naik hantaran sedih di Instagramnya.

Artikel Berkaitan: Muat Naik Kapsyen Sedih Di IG, Status Rumah Tangga Irma Hasmie Cetus Tanda Tanya

Artikel Berkaitan: Status Rumah Tangga Kekal Jadi Tanda Tanya, Irma Hasmie Pilih Tuding Jari Kepada Diri Sendiri

Susulan itu, memetik laporan Harian Metro, Irma memilih untuk tidak memberi sebarang komen dan menganggap ia sebagai sesuatu yang peribadi.

“Saya mohon maaf. Kalau mengenai hal rumah tangga saya tidak dapat memberikan sebarang komen.

“Saya lebih selesa sesetengah hal tidak diceritakan secara umum. Penting untuk menjaga dan menghormati privasi daripada berkata-kata sebarang perkara yang boleh menimbulkan kesan negatif,” ujarnya kepada wartawan Harian Metro.

Dalam pada itu, Irma memohon orang ramai untuk mendoakan dirinya dan yakin akan atas ketentuan Allah SWT.

“Kena yakin setiap perkara yang berlaku adalah atas susunan Allah yang Muqtadir.

“Saya mohon doa daripada setiap yang membaca moga Tuhan menjaga kita dan keluarga dengan sebaik-baik penjagaan-NYA dan terus memberi petunjuk, hidayah untuk setiap perjalanan hari kita,” katanya lagi.

Untuk rekod, Irma dan Redza berkahwin pada 2012 dan hasil perkongsian hidup mereka dikurniakan dua orang anak.

Sumber: Harian Metro

Atiqah Johari