“Tak Kekwat, Lain Dari Yang Lain..”- Penampilan Pertama Nabila Huda Sebagai Hos Melodi Buat Ramai Teruja

Penampilan pertama aktres berbakat, Nabila Huda sebagai hos Melodi semalam ternyata mencuri perhatian ramai.

Menerusi rancangan Melodi yang bersiaran jam 12.30 pada hari Ahad semalam, dilihat ramai netizen yang meninggalkan komen positif setelah menonton rancangan tersebut.

Rata -ratanya memuji gaya pengacaraan Nabila dan mengakui kembali teruja untuk menonton rancangan itu setelah lama tidak menonton Melodi.

Walaupun pertama kali beraksi di lensa kamera sebagai pengacara, penonton cukup tertarik dengan gaya Nabila yang disifatkan sebagai fresh dan dinamik.

Walaupun sebelum ini Abil pernah mendedahkan beliau sedikit gementar dan teruja kerana ini merupakan kali pertama diberi tanggungjawab untuk menggalas tugas sebagai pengacara tetapi nampaknya bakat semulajadi anak penyanyi, Amy Search ini tidak perlu diragui lagi.

Menerusi laman Instagramnya, Abil turut meluahkan rasa gembira

Bila Drama Queen jadi host Melodi, memang dramatic la jadinya..FELVAGAI watak la she keluar kan..Haha.. Jangan lupa kite ada dating kejap lagi jam 12:30 tengahari di @meloditv3 😝

Apapun korang jangan lupa saksikan melodi setiap jam 12.30 hari Ahad hanya di TV3.

Attiqah Mohd

""Above all, she is the girl who 'feels' things, who has hung on to the freshness and pain of adolescence, the girl ever wounded, ever young.”