Semak Tarikh & Jumlah Pembayaran Bantuan COVID-19 (BKC) Bermula Ogos

Menerusi insentif PEMULIH, Bantuan Khas COVID-19 (BKC) adalah bantuan tunai langsung bagi meringankan kos sara hidup dan beban rakyat akibat pandemik COVID-19 sehingga akhir tahun 2021.

Permohonan BKC tidak perlu dilakukan kerana penerima yang layak ditentukan oleh data yang sedia ada.

Jumlah Bantuan BKC

Penerima Miskin Tegar

• Isi Rumah : RM1,300

• Warga Emas Sebatang Kara : RM500

• Bujang : RM500

Penerima B40

• Isi Rumah : RM800

• Warga Emas Sebatang Kara : RM200

• Bujang : RM200

Penerima M40

• Isi Rumah : RM250

• Warga Emas Sebatang Kara : RM100

Difahamkan data kategori miskin tegar dan B40 diperoleh melalui Permohonan BPR 2021 manakala data M40 adalah dari percukaian LHDN.

Berikut merupakan tarikh dan kaedah pembayaran BKC

Kaedah pembayaran bagi kategori miskin tegar dan B40 akan melalui akaun bank yang telah didaftarkan semasa permohonan BPR 2021 manakala M40 akan melalui akaun bank yang telah didaftarkan di dalam rekod percukaian.

Attiqah Mohd

""Above all, she is the girl who 'feels' things, who has hung on to the freshness and pain of adolescence, the girl ever wounded, ever young.”