Tak Kisah Kalau Radio Tak Main Lagu Saya, Janji…

Biarpun lagu dari album Boneka nyanyian Ratu Jazz Malaysia Datuk Sheila Majid jarang dimainkan di radio, penyanyi ini tidak pernah berkecil hati.

Walaupun lebih setahun dipasarkan, Sheila bersyukur album ini laris di pasaran. 

“ Itu lebih penting. Album itu laris dan dikurniakan rezeki sampingan hasil daripada pembikinan produk itu.

“Jujurnya, saya tak kisah apakah mereka (stesen radio) mahu putar atau tidak lagu saya.

“ Album ini adalah kerana peminat. Saya tak keluar sesen pun kerana kos pembikinan album ini ditanggung peminat,” katanya kepada BH Online.

Tambah penyanyi berusia 54 tahun ini, beliau tidak lagi mengejar populariti pada masa ini.

“ Saya pun tak fikir langsung adakah lagu saya ini akan masuk carta lagu popular atau tidak.

“ Apa yang penting adalah produk ini laris dijual dan saya dapat menghasilkan konsert dengan kemunculan album berkenaan,” katanya kepada BH Online.

Album Boneka merupakan buah tangan terbaru Sheila selepas 13 tahun Sheila menghasilkan produk baharu. 

SGMS Faida