Tak Kisah Kena Kecam Pakai 150 Rambut, Busana Aina Abdul Sudah Direstui Ibu – “Mama Saya Jabatan Netizen”

Seperti yang dijangka, penyanyi Aina Abdul sekali lagi menjadi mangsa kecaman netizen dek kerana ‘baju rambut’ yang diperagakannya di konsert A Night With Aina Abdul 2.0 Live at Isatan Budaya yang berlangsung pada 25 Jun lalu.

Menurut Aina, keberaniannya yang sentiasa menampilkan busana yang luar biasa itu sudah direstui ibunya terlebih dahulu dan tidak kisah dengan segala kecaman yang mendatang.

“Memang tradisinya adalah mama kena at least tengok bentuk persembahan dan baju saya. Sebab dia adalah number 1 netizen, jabatan netizen.

“So mama approve semua baju-baju saya, tu je saya nak dengar. Kalau mama approve then orang lain rasa pelik, saya tak kisah sebab mama saya dah restu,” katanya.

@xtra_my Mak @Aina Abdul pun dah restu untuk semua busana yang Aina pakai masa konsert haritu. Jadi netizen janganlah nak kecam sangat 🫶🏼😉 #fyp #xtramy #trendingnewsmalaysia #ainaabdul #baju #sembangentertainment #tontonmy #beritaditiktok ♬ original sound – XTRA

Menerusi perkongsian di Instagram, Aina juga turut berkongsi gambar-gambar pakaiannya di konsert malam kedua yang lebih menarik dan ‘rare’.

Aina yang tampil memperagakan busana sejambak bunga itu mendapat pelbagai respons dari pengikutnya yang rata-ratanya memberi komen yang positif.

“Ini paling rare,” komen seorang peminatnya.

“Oh wow! This looks amazing , Aina! Always in awe of how brave you are with your choices of costumes! More power to you!,” komen seorang pengikutnya.

“Such a brilliant & amazing Idea!,” tulis seorang netizen.

Fatin Nurain