Tak Mahu Dikaitkan Dengan Erwin Dawson Lagi, Julia Farhana Kembali Solo

Pelakon Julia Farhana Marin mengakui dia bukan lagi kekasih kepada pelakon Erwin Dawson, ketika ini.

Kata Julia, dia cuba memperbaiki hubungan mereka dengan memberi peluang kedua tetapi tiada lagi keserasian.

“ Dia lelaki baik tetapi bukan jodoh saya. Kami tiada persefahaman dan masing-masing perlukan ruang untuk perbaiki diri.

“ Saya juga putuskan untuk mengakhiri hubungan kami kerana tiada keserasian lagi. Saya sudah rimas asyik ditanya tentang hubungan dengan dia,” katanya kepada Harian Metro.

Heroin drama Salon ini mengaku tiada lagi keserasian antara mereka lagi untuk meneruskan hubungan ini ke peringkat seterusnya.

“ Namun, selepas lebih seminggu kembali bercinta, saya melihat tiada persefahaman dalam hubungan kami untuk ke fasa perkahwinan,” katanya yang masih belum bersedia berkahwin dalam masa terdekat.

Tambah pelakon berusia 29 tahun ini, dia mahu fokus terhadap kerjaya seni terlebih dahulu.- Harian Metro.

SGMS Faida