Categories: Gaya Hidup

Mencari ketenangan dan kebahagiaan setiap hari? Ini panduan mudah buat anda!

Andai punya wang berjuta sekalipun, namun hari-hari yang dilalui penuh kesepian dan bahagianya tidak terasa, apalah ertinya kehidupan!

Begitu pun, percaya atau tidak kebahagiaan sebenarnya boleh dicari, antaranya rutin yang anda lakukan setiap hari boleh jadi lebih menggembirakan dengan helah mudah ini.

5 trik menambah nilai rasa bahagia setiap hari

1. Jika kamu tinggal di rumah yang mempunyai laman, cuba berjalan di atas rumput setiap pagi.

Foto: Vicinito

2. Pakai baju tidur jenis ringan yang diperbuat daripada fiber semula jadi. Ini akan membuatkan kamu bangun pagi dalam keadaan segar seperti bunga.

3. Makan tengahari bersama-sama kawan atau rakan sekerja. Setiap jam masa yang diluangkan bersama, tahap kegembiraan akan meningkat sehingga lima peratus.

Foto: point star

4. Buat hubungan mata dengan jejaka kacak – ia mengaktifkan bahagian ganjaran di dalam otak. Betul ke?

5. Matikan telefon bimbit ketika bersama si dia (kekasih anda juga harus melakukan hal yang sama).

Foto: shzboxtoday.net

Sumber: Cosmopolitan

Yanie Baharom