Bapa Aizat Amdan Meninggal Dunia

Bapa kepada penyanyi Aizat, Datuk Amdan bin Hj Mat Din meninggal dunia pada jam 1.10 pagi tadi.

Berita sedih ini disampaikan oleh Aizat menerusi laman Instagramnya, hari ini.

“ Assalamualaikum, dukacitanya, ayah saya Amdan Bin Hj Mat Din telah meninggal dunia jam 1.10 am tadi. Rabu 9hb 2019. Al- Fatihah,” tulisnya ringkas.

Difahamkan, jenazah akan diuruskan di Masjid Kg Melayu pada jam 11 pagi ini manakala majlis pengebumian dilakukan selepas solat Zohor.

Terdahulu, arwah bapanya pernah diserang angin ahmar pada Oktober 2017 yang mana strok menyerang pada bahagian otak kiri, menyebabkan sebelah kanan badannya lumpuh. Al-Fatihah…

 

SGMS Faida