Maher Zain Kembali Ke Malaysia Untuk Konsert Jelajah

Penyanyi terkenal dari Lubban, Maher Zain bakal mengadakan konsert ‘Maher Zain Malaysia Tour 2019’ bermula Mac ini.

Dalam konsert siri jelajahnya ini, penyanyi lagu Insha Allah ini bakal menyanyikan rangkainan lagu popularnya di konsert itu nanti.

“ Saya tahu ramai peminat yang menanti sejak sekian lama untuk saya datang ke sini. Saya berharap peminat bakal terhibur dengan persembahan di konsert jelajah itu nanti,” katanya kepada Bernama.

Penyanyi berusia 37 tahun yang tampil dengan single berjudul Huwa AlQuran pada tahun lalu ini mula mencuri tumpuan peminat Malaysia kerana boleh menyanyikan lagu dalam Bahasa Melayu.

Maher juga pernah mengadakan konsert sulung di Kuala Lumpur pada lima tahun lalu di Dataran Putrajaya.

Lokasi pertama konsert ‘Maher Zain Malaysia Tour 2019’ bakal bermula pada 9 Mac ini Axiata Arena di Kuala Lumpur diikuti di Stadium Pasir Gudang, Johor pada 15 Mac, SPICE Arena, Pulau Pinang pada 16 Mac dan Kota Kinabalu, Sabah, pada 17 Mac.

SGMS Faida