“Tak Mampu Nak Sorok…”- Wawa Zainal Hamil Lagi, Bakal Timang Anak Ke-4

Pasangan pelakon suami isteri popuular, Wawa Zainal dan Aeril Zafrel berkongsi berita gembira mengenai kehamilan anak keempat pada Khamis.

Perkongsian itu diumumkan oleh suaminya Aeril Zafrel atau nama sebenarnya Suhairil Sunari, 32, menerusi hantaran video di Instagram miliknya.

“Alhamdulillah ya Allah doa di makbulkan dapat baby no 4.. tinggal nak 1 je lagi.

“Doakan semoga dipermudahkan urusan isteri saya bersalin tak lama lagi .. doa yang baik-baik ya. Terima kasih semua.

Aeril juga berharap agar semua peminat mendoakan kesihatan dan urusan isterinya itu.

“Semoga @w4w4_zainal sentiasa dalam lindunganNya. Terima kasih sayang. Jangan tutup kilang dulu ye.” Tulisnya.

Sementara itu, Wawa mengakui perkara tersebut mula disedari oleh followers dan peminat yang melihat ‘baby bump’ beliau ketika majlis sambutan hari lahir anaknya, Ahmad Fakhruddin Attar, 8, baru-baru ini.

Malah, dalam satu hantaran terkini Wawa atau nama sebenarnya Nur Hawa Zainal Abidin, 30, beliau dilihat sempat memuat naik gambar berserta kapsyen ‘soon berenam’.

Terdahulu, Aeril Zafrel dan Wawa Zainal mendirikkan rumah tangga pada tahun 2013 dan dikurnikan dengan tiga chaya mata iaitu, Ahmad Fakharuddin Attar, 8, Hayla Maghfirathul Adzkiyaa, 6 dan Aya Soffya yang kini berusia setahun.

Apapun,  tahniah diucapkan buat Aeril dan Wawa! Semoga segala urusan dipermudahkan.

 

 

Salma Syahbuddin