Hiburan By: Padin June 13, 2023 @ 8:09pm

“Tak Perlu Berlebih-Lebih Atau Keterlaluan” – Wawa Zainal Enggan Cipta Kontroversi

Pelakon dan usahawan terkenal, Wawa Zainal tidak mahu bersikap berlebih-lebih atau keterlaluan di kaca TV biarpun menjadi penaja sebuah program realiti yang sedang hangat disiarkan.

Wawa, 32, atau nama sebenarnya Nur Hawa Zainal Abidin berkata, tujuannya menaja program itu kerana ia sebahagian daripada strategi pemasaran dan bukan untuk mencipta kontroversi.

“Matlamat kami menaja program ini jelas iaitu untuk memperkenalkan lagi Wawa Cosmetics. Alhamdulillah, sebelum menaja pun jenama kami sudah dikenali ramai dan kekal bertahan hingga kini.

“Kalau ada yang cakap kenapa saya tak ‘kecoh’ macam penaja lain, prinsip saya mudah iaitu lain orang lain caranya. Saya fikir, nama saya dan jenama ini sudah cukup kuat untuk orang tahu. Lagi pula, saya jenis yang memang tak pandai nak buat ‘hal’ yang bukan-bukan.

“Kalau tengok sepanjang program itu pun, suami saya, Aeril yang banyak bercakap. Sesekali saja saya muncul di pentas. Itu pun atas tanggungjawab nak mempromosikan produk. Nak menari pun saya segan, apatah lagi nak buat perkara yang bukan-bukan depan orang ramai,” katanya.

Menariknya, pentas pertandingan itu juga menjadi platform untuk Wawa dan Aeril melancarkan produk terbaharu mereka iaitu Complete Rejuvanating Beauty Essence.

“Semuanya bermula dengan saya dulu. Seperti biasa, sebelum dilancarkan memang saya gunakan dulu. Selepas melalui proses kajian dan penyelidikan (R&D), produk ini dikeluarkan juga.

“Produk ini diperkaya dengan bahan utama seperti Whitening Probiotics dan salicylic Acid mampu membantu menyelesaikan masalah seperti kulit kusam tak bermaya, kulit kering, hyperpigmentasi dan juga masalah jerawat.

“Seawal tujuh hari, insya-Allah, keyakinan diri lebih tinggi dan muka tak kusam lagi. Paling penting kena dapatkan yang asli di pasaran. Scan kod QR pada produk dan terus ke website pembelian,” katanya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 7 Mar 2019
Events Tue, 12 Nov 2019

KARD Rocked On Sunway Pyramid at the Launch of New Colourways for ASICS GEL-BND!

KARD puts up an electrifying performance to celebrate ASICS GEL-BND comeback

Hiburan Tue, 22 Jan 2019

Fasha-Aidil Nikah Mac Ini, Tahniah!

Majlis diadakan di Perlis atas permintaan mak saya. Malah, untuk majlis nikah akan dibuat di masjid. Alhamdulillah, tahniah Fasha!

Hiburan Thu, 27 Sep 2018

‘ Kalau Nak Meninggal…Meninggal Juga,’ Siti Nurhaliza Kongsi Detik Manis Bersama Allahyarham Pak Ngah

Allahyarham Pak Ngah atau nama sebenarnya Suhaimi Mohd Zain pada mulanya disangka seorang yang garang tetapi rupanya…

Hiburan Wed, 29 Mar 2023
Hiburan Fri, 24 Nov 2017

PESONA 4 GAUN PERKAHWINAN SELEBRITI YANG MENJADI BUALAN

Antara wedding dress yang menjadi perhatian para wartawan dan tetamu yang hadir. Nak tahu wedding dress tersebut milik siapa?

Hiburan Mon, 26 Mar 2018

Kim Jong Kook Shocks Own Mother By Revealing Dating History

The Running Man member has always kept his lips sealed tight but now he suddenly revealed everything.

Hiburan Thu, 30 Aug 2018

’Ragaman’ Selit Unsur Jenaka, Faizal Tahir Tampil Kelainan

Pada umur saya ketika ini, seharusnya masa untuk saya mencari benda baru dan saya bersyukur dikurniakan bakat dapat menulis dan menyanyikan lagu saya sendiri. Alhamdulillah, saya puas