Tak Perlu Serkap Jarang, Rosyam Nor Tak Beli Pengikut Di IG

Mengakui setiap artis memerlukan laman sosial nya tersendiri untuk mengetahui perkembangan terkini menerusi teknologi semasa, Datuk Rosyam Nor sebenarnya enggan memiliki sebarang laman sosial pada awalnya. 

“Mahu atau tidak, ketika ini setiap artis harus memiliki laman sosialnya sendiri bagi mengetahui tentang perkembangan terkini industri hiburan. Saya sendiri pada mulanya tidak mahu memiliki laman sosial, namun anak saya yang mendesak untuk mewujudkan akaun instagram saya. Dan, alhamdulillah setakat ini pengikut saya dilaman sosial melebihi 900k followers.” Katanya

Menganggap laman sosial sebenarnya sangat relevan untuk dijadikan sebagai platform untuk memberikan inspirasi kepada orang ramai. 

“Saya menggunakan laman sosial untuk mempromosikan kerja seni dan perniagaan saya, dan ianya secara tidak langsung dapat memberikan inspirasi kepada orang ramai.” 

Bagi menempelak tuduhan sesetengah netizen yang mengatakan pelakon dan usahawan ini  membeli pengikutnya di Instagram, Datuk Rosyam Nor bagaimanapun memberitahu beliau langsung tidak membeli mana-mana pengikutnya semata-mata untuk memperbanyakkan jumlah followers beliau.

“Saya tidak membelii pengikut semata-mata untuk memperbanyakkan jumlah.” Jelasnya ketika ditemui pada pelancaran drama terbitannya.

Salma Syahbuddin