Tak Sempat Pergi Honeymoon, Ainul Aishah Bengang Kena ‘Sound’ Sebab Pentingkan Diri?

Pelakon dan usahawan, Ainul Aishah meluahkan rasa geram ada pihak yang mengatakan dia mementingkan diri sendiri kerana memilih untuk raikan ulang tahun perkahwinannya.

Menerusi perkongsiannya di Instagram Story, Ainul memberitahu dia dan suami masih belum sempat menyambut bulan madu selepas setahun berkahwin kerana kesibukan kerja.

“Poor us husband and wife. We tak suka cari gaduh dengan sesiapa. Selalu buat hal sendiri je. Tapi selalu jugak la kena pijak.

“I banyak diam dan sabar sebab bila kena pijak cos takut bila I respon orang-orang yang pijak kitaorang tu touching 100 tahun,” katanya.

Pada masa sama, dia tertanya-tanya keputusan yang diambil itu tidak boleh diterima pihak berkenaan sehingga mereka dimarahi.

“Apa salah kitaorang? Tak sempat honeymoon, asyik kerja 24/7 and this is our first anniversary mestila sangat-sangat special di hati kitaorang.

“Kami ni baru kahwin and tak sempat honeymoon pun lagi. Tapi kenapa la kami kena sound sebab kami lebih pentingkan nak celebrate hari kami dan our honeymoon yang ditunggu-tunggu,” jelasnya.

Katanya lagi, dia sudah banyak bersabar dan boleh bertindak di luar kawalan sekiranya dicabar.

“I boleh sabar lagi tapi jangan tekan-tekan I because I’m not weak. I senyum tanda hormat tapi semua orang pun kena hormat kami husband and wife.

“And plus we are not kids. Kami dah berusia. My husband tahu I macam mana. So, jangan dicabar-cabar. Dah lama aku tunggu nak pegi honeymoon,” ujarnya.

Maya Basir