Categories: HiburanTrending

“Tak Semua Salah Boleh Dimaafkan” – Muaz Zabir Promote Drama Iskandar Chempaka Di Instagram, Tapi Lain Pula Respons Warganet

Nama pelakon Muaz Zabir semakin dikenali selepas didakwa menjadi orang ketiga dalam rumah tangga pasangan selebriti, Bella Astillah dan Aliff Aziz, baru-baru ini.

Terbaharu, Muaz tampil memuat naik sedutan untuk mempromosikan drama lakonannya, Iskandar Chempaka yang kini ditayangkan di Slot Lestary TV3 menerusi sebuah hantaran di Instagram.

”Tak semua salah boleh dimaafkan. Betul, lepas buat salah kita kena minta maaf. Tapi kalau lepas minta maaf masih buat benda sama, emmmm….,” tulisnya di kapsyen.

Melihat pelakon lelaki itu tenang meskipun terpalit kontroversi, ruangan komen Muaz telah dihujani pelbagai respons dalam kalangan warganet.

Berdasarlan pemerhatian XTRA, rata-rata warganet menyokong hubungannya bersama Bella dan berpendapat pelakon lelaki itu lebih sesuai berbanding Aliff.

Terdahulu, Muaz didakwa menjalinkan hubungan terlarang dengan Bella selepas tular perbualan manja bersama pelakon wanita itu.

Namun, Bella tampil mengakui pernah menjalinkan hubungan bersama pelakon lelaki itu demi meraih perhatian suaminya, Aliff.

Bella turut mengakui hubungannya bersama Muaz sudah pun berakhir dan telah meminta maaf dengan Aliff.

Bagaimana pun, Muaz masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung kontroversi tersebut sehingga kini.

Artikel Berkaitan: Plot Twist…. Didakwa Curang Dengan Muaz Zabir, Sebenarnya Bella Astillah Cuma Mahu Buat Aliff Aziz Cemburu

Artikel Berkaitan: “Dia Turut Curang Dengan Adik Saya Sendiri” – Simpan Semua Bukti, Bella Astillah Dedah Aliff Aziz Curang 11 Kali

Artikel Berkaitan: “Kalau Masih Ada Status Suami Atau Isteri Orang, Tetap Salah” – Caprice

Fatin Nurain